• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Jumaat Surau Austin Perdana Tiada Kecoh Lagi

oleh
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Selepas seminggu berlalu, solat fardu Jumaat di Surau Austin Perdana di Taman Mount Austin di sini berlangsung dalam suasana aman tanpa kekecohan seperti minggu lalu.

Tinjauan media tempatan mendapati, hampir 1,000 jemaah kelihatan gembira menunaikan solat tersebut pada tengah hari Jumaat dalam keadaan tenang dengan langsung tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semua jemaah turut memberikan kerjasama dengan meletak kenderaan masing-masing secara teratur serta tidak ada yang dilihat sengaja menghalang laluan jalan di pekarangan hadapan kawasan surau berkenaan.

Malah sebuah kain rentang turut dipasang di depan bangunan surau berkenaan mengingatkan setiap jemaah yang datang supaya tidak meletak kenderaan mereka dengan sesuka hati sekali gus tidak menghalang lalu lintas.

Lima anggota lelaki RELA turut melaksanakan tugas memantau pergerakan lalu lintas sejak 12.30 tengah hari, manakala unit kereta peronda polis dilihat berada di lokasi panas yang pernah mencetuskan kontroversi itu.

Baca: Kes Hon Surau – Pemandu Mohon Maaf, Tak Niat Jahat

Dalam kejadian selepas solat Jumaat pada minggu lalu, beberapa jemaah memukul seorang pemandu kereta, Toh Chai Eun kerana biadab membunyikan hon bertalu-talu semasa jemaah sedang menunaikan solat berkenaan.

Keadaan tersebut mencetuskan kekecohan disebabkan kenderaan Chai Eun, 28, terhalang pula oleh beberapa buah kereta jemaah lain sebelum rakaman video insiden berkenaan menjadi tular menerusi media sosial tempatan.

Semalan, dia tampil di Pejabat Agama Islam Johor untuk memohon maaf dengan Pengerusi Surau Austin Perdana, Mohd. Khaiidzir Ismail sambil disaksikan Pengerusi Jawatakuasa Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim.

Turut serta ialah abang Chai Eun sendiri, Toh Chai Chung dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut selain ahli jawatankuasa surau sekali gus menutup isu kes tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Austin Perdanasolat Jumaat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Masjid Bandar Tiram, Tunai Solat Jumaat Bersama Penduduk

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Masjid Bandar Tiram, Tunai Solat Jumaat Bersama Penduduk

08/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Bandar Tiram, Johor Bahru sempena...

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mengiritik kenyataan seorang Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara berhubung kesesakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd