• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Selangor Minta Pakatan Harapan Buat Kata Putus

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Selangor mahu pimpinan Pakatan Harapan membuat kata putus secara konsensus berhubung kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor

Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim berkata, Pakatan Harapan perlu membuat kata putus mengenai perkara itu kerana PAS memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

“Bagi kami kepentingan bersama dalam Pakatan Harapan mengatasi kepentingan mana-mana parti komponen di dalamnya.

“Pimpinan Pakatan Harapan wajar membuat kata putus secara konsensus dalam isu ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Majlis Syura Ulama PAS semalam secara rasmi mengumumkan parti itu memutuskan kerjasama dengan PKR selepas menilai desakan ahlinya supaya PAS berbuat demikian.

Keputusan itu diambil selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan memang benar PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan kerajaan Selangor kini ditadbir oleh sebuah `kerajaan rojak’ kerana pentadbirannya dibarisi pimpinan parti yang saling bermusuh iaitu DAP, PKR dan PAS.

Menteri Besar Selangor daripada PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam reaksi beliau berhubung perkara itu semalam bagaimanapun menegaskan wakil PAS masih kekal dalam barisan exco kerajaan Selangor.

Beliau mengambil pendirian tersebut walaupun terdapat desakan daripada PAN supaya wakil mereka menggantikan PAS dalam kerajaan Selangor kerana Pakatan Harapan kini terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.

Pendirian Mohamed Azmin itu dipercayai bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Izham seterusnya bekata, keputusan PAS membatalkan tahalluf siyasi dengan PKR adalah pilihan yang dibuat berdasarkan kehendak ahli-ahli parti tersebut.

Justeru, beliau menyarankan PAS meninggalkan kerajaan Selangor jika parti itu mempunyai maruah selepas memutuskan kerjasama dengan PKR.

“PAN Selangor ingin menegaskan kewajaran mana-mana parti politik yang bermaruah supaya mengambil langkah-langkah yang betul apabila telah memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan negeri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming menggariskan beberapa sebab mengapa beliau percaya sokongan kepada...

Pakatan Harapan Terlalu Banyak Berjanji –  Pemuda MIC

Pakatan Harapan Terlalu Banyak Berjanji – Pemuda MIC

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Berapa lama lagi rakyat mahu terus diperdaya dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Pakatan Harapan (PH) Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd