• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Di Hangzhou Tinjau Operasi Alibaba

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANGZHOU (China) – Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Jumaat bagi mengadakan lawatan ringkas untuk meninjau operasi Alibaba Group, gergasi e-dagang China di bandar ini.

Pada sebelah petang perdana menteri dijadual berlepas ke Beijing untuk memulakan lawatan kerja lima hari ke China termasuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa pada Ahad dan Isnin ini.

Ketibaan Najib, yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, kira-kira pukul 6.20 pagi di Lapangan Terbang Hangzhou disambut oleh Naib Gabenor Hangzhou, Liang Liming.

Turut hadir menyambut Perdana Menteri ialah Duta Besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang.

Di Hangzhou, Najib dijadual bertemu Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma, yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri juga akan menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Hangzhou Municipal Government dan Alibaba Group (China) Company Limited.

Ia adalah antara usaha untuk melaksanakan projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang dilancarkan bersama oleh Najib dan Jack Ma di Malaysia, 22 Mac lepas.

DFTZ adalah usaha ke arah merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-dagangan rentas sempadan oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang selama ini sukar menembusi pasaran antarabangsa dan bertumpu di pasaran tempatan sahaja.

Antara lain, ia akan mewujudkan kawasan logistik di Aeropolis berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menyediakan kemudahan logistik, ruang simpanan, urusan kastam serta pembiayaan secara pantas dan efisyen. – BERNAMA

Tags: AlibabaDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd