• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cinta Boleh Ganggu Fokus Kerjaya – Wak Doyok

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJAWAB persoalan cari pengganti teman hidup selepas hubungan bersama Azrinaz Mazhar Hakim berakhir tahun lalu, ikon fesyen, Wak Doyok berkata dia masih belum berfikir secara serius.

“Cinta boleh mengganggu fokus terhadap kerjaya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut kepada sebuah portal tempatan.

Menurut Wak Doyok, dia sedia maklum bahawa jika dia mula berfikir soal kehidupan peribadinya, ia akan mengganggu kariernya yang sedang berkembang.

“Buat masa ini lebih baik jika saya fokus terhadap kerjaya saya sahaja. Banyak perkara yang saya perlu uruskan sekarang.

“Risau pula kalau saya bercinta, ia mungkin akan mengganggu fokus kerana cinta dan karier bukannya boleh dicampurkan,” katanya lagi.

Namun jelas Wak Doyok, dia kini sedang sibuk menguruskan koleksi baju Melayunya dan bakal mengeluarkan 100,000 pasang kerana mendapat permintaan yang tinggi tahun lalu dan belum sempat berfikir tentang percintaan.

Kata pemilik nama sebenar Muhammad Azwan Mohd. Nor ini, dia tidak mahu bercinta buat masa ini bukan kerana serik, tetapi hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Bukan bermaksud saya serik kerana saya akan bercinta apabila tiba masa yang sesuai nanti,” ujar Wak Doyok lagi. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER: mStar Online.

Tags: cintaikon fesyenWAK DOYOK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Sultan Johor

06/05/2020
0

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan...

Wak Doyok Dipanggil Polis

30/04/2020
0

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd