• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inap Desa Johor Dianugerah ASEAN Homestay Standard

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Inap Desa (Homestay) Parit Tengah yang terletak di Rengit, Batu Pahat muncul sebagai inap desa pertama di Johor yang dianugerahkan ASEAN Homestay Standard pada 20 Januari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata pemilihan inap desa itu diputuskan oleh sebuah jawatankuasa penilaian di peringkat ASEAN, berasaskan beberapa kriteria termasuk kecemerlangannya memberi layanan terbaik kepada pelanggan serta kepelbagaian kemudahan.

Menurut beliau, dengan pengiktirafan itu, semua penduduk kampung harus melipat gandakan usaha untuk membangunkan produk-produk pelancongan baharu, selain mengekalkan kecemerlangan sedia ada.

Tambahnya, pada masa yang sama, kerajaan negeri bersama Tourism Johor akan terus menganjurkan kursus bahasa asing kepada para pengusaha inap desa bagi memastikan mereka berupaya berkomunikasi dengan pelancong asing apabila menerima kedatangan golongan berkenaan.

“Kursus itu antaranya melibatkan bahasa Jepun yang dirancang diadakan pada bulan ini dengan penyertaan seramai 70 pengusaha inap desa dan DesaStay, serta bahasa Mandarin yang akan dilaksanakan secara berperingkat tahun ini bersama kursus hospitaliti layanan cemerlang.

“Selain itu, beberapa siri kursus lain diadakan pada tahun lepas meliputi Bengkel Pembangunan Pakej Homestay, Kursus Tourism English, Kursus Asas Pelancongan Desa, Kursus Pembangunan Pelancongan Peserta Homestay dan Bengkel Pentauliahan Penilaian ASEAN Homestay Standard yang memanfaatkan seramai 285 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ayub Jamil (BN-Rengit) dan A Aziz Ismail (BN-Senggarang) yang ingin tahu faktor menyebabkan Inap Desa Parit Tengah diberi pengiktirafan terbabit, serta bagaimana kerajaan mengatasi masalah kesukaran berkomunikasi antara pengusaha inap desa dan pelancong pada Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Terdahulu, Tee berkata jumlah kedatangan pelancong ke inap desa Johor meningkat sebanyak 16.11 peratus iaitu kepada seramai 67,344 orang tahun lepas berbanding 58,000 orang pada 2015.

Kebanyakan pelancong itu, katanya, merupakan warganegara Singapura, Korea, Jepun, Australia, Indonesia dan Taiwan.

Dalam pada itu, Tee menegaskan program DesaStay yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 30 Julai tahun lepas bukanlah pesaing kepada program inap desa sedia ada, sebaliknya sebagai pelengkap kepada inap desa.

“Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada kampung-kampung yang berminat melibatkan diri dalam industri pelancongan. Buat masa ini, terdapat 12 buah DesaStay di Johor dengan jumlah kedatangan pelancong menunjukkan prestasi baik iaitu seramai 10,519 orang dari Julai hingga Disember lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: ASEAN Homestay StandardDatuk Tee Siew Kiong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kawasan Industri Tersusun, Johor Raih Pelaburan Tinggi

08/03/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Kedudukan kawasan perindustrian di Johor yang tersusun merupakan satu daripada tarikan negeri ini menerima kemasukan pelabur yang...

Johor Anjur Kursus Bangun Modal Insan Pelancongan

01/03/2018
0

JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menganjurkan lima kursus pembangunan modal insan bidang pelancongan berdasarkan senario perkembangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd