• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Kenderaan Di Malaysia Meningkat 24.7%

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nilai jualan Perdagangan Borong dan Runcit dalam negara bagi bulan Mac 2017 menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus iaitu berjumlah RM97.4 bilion.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, nilai jualan itu meliputi perniagaan Kenderaan Bermotor RM12.9 bilion, Perdagangan Runcit (RM37.6 bilion) dan Perdagangan Borong (RM46.9 bilion).

“Pertumbuhan positif ini disumbang oleh perniagaan Perdagangan Runcit 11.8 peratus. Indeks volum Perdagangan Borong dan Runcit meningkat 7.0 peratus kepada 159.6 mata bagi bulan Mac 2017 berbanding bulan Mac 2016.

“Petumbuhan ini disokong oleh peningkatan dalam Perdagangan Runcit 9.7 peratus. Indeks volum pelarasan bermusim perdagangan Borong dan Runcit meningkat 1.4 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, nilai jualan bagi perniagaan Perdagangan Borong mencatatkan pertumbuhan 8.0 peratus kepada RM46.9 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Menurut beliau, Perniagaan Perdagangan Runcit merekodkan peningkatan nilai jualan kepada RM37.6 bilion atau 11.8 peratus berbanding setahun yang lalu.

“Pada bulan ini, nilai jualan bagi perniagaan Kenderaan Bermotor meningkat 4.2 peratus kepada RM12.9 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Nilai jualan perniagaan Kenderaan Bermotor ini meningkat 24.7 peratus bagi perbandingan bulanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jual kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: PPIM Jadi Hero Bela Pemilik Kereta Ditindas

12/07/2017
0

JIKA bukan kerana kelantangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mungkin lebih ramai lagi pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan oleh...

Lebih 30,000 Jadi Mangsa Penipuan Di Mudah.my

11/07/2017
0

DIANGGARKAN sebanyak 30,000 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu berhubung penipuan di portal jualan dalam talian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd