Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Netizen Sebar Sijil Kahwin...

BELUM reda dengan video wanita yang dikenali sebagai Nadia Nordin memukul skandal suaminya,...

PAU 2016: Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Agenda pendidikan merupakan antara isu utama yang akan dibangkitkan UMNO Negeri...

SPRM Rampas Dan Beku...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas dan membekukan wang...

Ramai ‘Tertipu’ Dengan Penyanyi...

Tidak keterlaluan kami katakan lagu Hazama berjudul Malaikat versi bangla merupakan video parodi...

Lebih 30,000 Jadi Mangsa Penipuan Di Mudah.my

DIANGGARKAN sebanyak 30,000 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun lalu berhubung penipuan di portal jualan dalam talian terkenal iaitu Mudah.my.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, keadaan itu semakin membimbangkan serta memerlukan tindakan segera daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Langkah itu adalah sebagai melindungi hak pengguna serta membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Katanya, menerusi portal jualan dalam talian itu, pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya boleh mempamerkan iklan sesuatu produk tanpa perlu menyertakan nombor pendaftaran syarikat atau sebagainya.

“Pengendali portal itu sepatutnya meminta individu atau syarikat untuk mengemukakan nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melindungi hak pengguna.

“Sekarang ini, dengan hanya mendaftar satu akaun e-mel baharu, sesiapa sahaja boleh menjual produk atas talian dan ini menggalakkan penipuan.

“SKMM boleh membuat satu kaedah penjual berdaftar menggunakan kad pengenalan atau sijil SSM. Mesti ada kaedah, bukan susah pun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penjual Kereta Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin memaklumkan kes penipuan jualan kereta terpakai dan sambung bayar hutang kenderaan turut mencatat peningkatan setiap tahun.

“Kita harap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pihak tidak bertanggungjawab kerana tiada pemantauan dan garis panduan yang ditetapkan mengakibatkan ramai pembeli ditipu.


Beliau menegaskan kes sambung bayar tidak seharusnya berlaku kerana ia adalah menyalahi undang-undang serta perjanjian yang dibuat antara pembeli dan penjual juga tidak sah melalui kontrak tersebut.

“Kes sambung bayar sebenarnya tidak sah mengikut undang-undang. Ramai pengguna tidak tahu dan tertipu bila tengok harga murah yang ditawarkan dan selalu mereka bayar deposit tanpa tengok kereta yang hendak dibeli,” katanya.

Tambah Kah Jin, kebanyakan kes penipuan di portal jualan dalam talian menyaksikan transaksi dibuat di luar dan bukannya di kedai.

“Ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan iklan menggunakan gambar dari syarikat lain, kemudiannya mengambil deposit daripada pembeli.

“Mereka menggunakan pelbagai taktik dan bayangkan jika seorang ditipu sekurang-kurangnya RM5,000 setiap transaksi, berapa banyak wang yang telah diterima oleh pihak tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori