• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, 2 Cedera Kemalangan Di Sitiawan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Seorang lelaki maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kampung Batu 14 Lekir, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata dalam kejadian pukul 4 pagi itu, A Vikneshwaran, 26, beralamat di Ladang Huntly, Pantai Remis, yang juga penumpang hadapan kereta Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mohd Zailan berkata siasatan mendapati Proton Wira yang dinaiki mangsa dan dipandu lelaki berusia 26 tahun serta seorang lagi penumpang lelaki dari arah Teluk Intan itu dalam perjalanan menghala ke Pantai Remis manakala lori tersebut dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai kereta berkenaan memasuki laluan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun bersama seorang penumpang lelaki dalam perjalanan dari arah Pendang dan menghala ke Teluk Intan.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu lori itu tidak dapat mengelak lalu melanggar kereta mangsa dan terbabas ke bahu jalan ke arah Sitiawan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Zailan berkata akibat daripada kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berkenaan cedera di kepala dan penumpang belakang berumur 27 tahun patah tangan kanan.

“Pemandu dan penumpang belakang Proton Wira itu dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, pemandu lori serta pembantunya yang berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd