• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangsar ‘Diserang’, 21 Individu Ditahan

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, sekumpulan 30 lelaki dilaporkan bergaduh di hadapan sebuah restoran sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman berkata, sebuah kereta jenis Perodua Axia dalam keadaan cermin pecah hampir melanggar anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) yang berada di tempat kejadian.

Bangsar 'Diserang', 21 Individu Ditahan

Menurutnya, kereta tersebut dipandu secara melulu oleh lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu.

“Akibat merasakan keadaan ketakutan dan ancaman, pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan dan mengenai kiri hadapan kereta tersebut.

“Pemandu Axia terbabit terus memecut ke arah sebuah bank di Jalan Telawi sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan dan menghilangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekumpulan anggota polis turut menahan beberapa kenderaan lain iaitu Perodua Myvi dan Toyota Vellfire yang disyaki dinaiki individu terbabit dalam pergaduhan itu.

Bangsar 'Diserang', 21 Individu Ditahan

Katanya, pemeriksaan polis mendapati ketiga-tiga kenderaan tersebut dimiliki seorang wanita dan dua lelaki yang masing-masing beralamat di Klang, Batu Caves dan Damansara Utama, Selangor.

Sharul berkata, polis turut merampas tiga topi keledar, besi, pisau pemotong kertas, baton T, botol minuman keras dan jaket yang mempunyai kesan darah.

Menurutnya, kejadian tersebut turut menyebabkan seorang lelaki yang ditahan cedera di kaki akibat pergaduhan itu.

Jelasnya, polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: bangsarkes gaduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Mangsa Ragut Di Bangsar Meninggal Dunia, Fahmi Zahir Takziah

Warga Emas Mangsa Ragut Di Bangsar Meninggal Dunia, Fahmi Zahir Takziah

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Isnin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan Lim Foong Mei, warga...

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd