• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Lebih Ramai Calon Muda Akan Diketengahkan

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lebih ramai calon muda akan diketengahkan MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, selepas pimpinan tertinggi parti memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan sayap itu setakat ini, kata Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon.

“Kami melahirkan rasa syukur kepada ramai calon muda yang telah diberikan pertimbangan dan lebih banyak muka baharu akan diberikan peluang (untuk bertanding pada PRU14),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita mengenai calon yang akan diketengahkan parti itu pada PRU akan datang selepas melawat mangsa yang terlibat dalam kebakaran Ahad lepas di Kampung Baru Sikamat, dekat sini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata sebagai persiapan pilihan raya umum, MCA merangka pelbagai strategi termasuk melakukan kelainan dalam corak berkempennya dengan melibatkan lebih ramai pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) di atas satu pentas.

“Generasi muda hari ini lebih suka untuk melihat pemimpin pelbagai kaum duduk sekali atau berkempen bersama-sama dan inilah yang kami lakukan pada hari ini. Bagaimanapun kempen yang menjurus kepada pengundi Cina masih lagi kami teruskan, begitu juga dengan UMNO dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata kempen melibatkan parti komponen yang lain adalah selari dengan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, April lepas yang menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

“Setakat ini sudah lima negeri iaitu Pahang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah telah dilaksanakan kempen secara bersama,” katanya.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Abu Ubaidah Redza, yang juga Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd