• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Wanita Ditahan Bantu Kes Songlap ZPP

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang lagi kontraktor bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan pecah amanah membabitkan Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Pengarah SPRM negeri Datuk Abdul Aziz Aban berkata kontraktor wanita berusia 42 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Wanita itu kini direman selama enam hari bermula hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,”katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya pihaknya percaya lebih ramai lagi terutama kontraktor yang menjalankan projek dengan ZPP akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa pihak terutamanya pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ZPP bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan saya percaya penahanan mereka akan dapat membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan pecah amanah itu,”katanya.

Semalam, SPRM menahan 11 individu termasuk pegawai kanan ZPP berusia 50 tahun serta tiga pegawai agensi itu bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat yang diperuntukkan bagi projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

Turut ditahan tujuh kontaktor berusia antara 41 dan 52 tahun dan kesemua mereka direman selama seminggu sehingga 15 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Kes Penyelewengan ZPPZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd