• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Buah Pinggang Meningkat Setiap Tahun

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah buah pinggang semakin meningkat iaitu 6,000 kes baharu dicatatkan pada setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata pihaknya menganggarkan pesakit buah pinggang daripada tahap satu hingga tahap lima pada masa ini telah mencecah 400,000 orang.

Menurutnya, 40,000 orang daripada jumlah itu pula merupakan pesakit penyakit buah pinggang tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis.

“Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baharu pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara telah dikesan, akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan yang kurang sihat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata demikian kepada pemberita selepas program ‘I Want Sihat’, anjuran Pejabat Kesihatan Balik Pulau, di sini hari ini.

Katanya, setiap tahun, kerajaan memperuntukkan tidak kurang daripada RM1.6 bilion bagi membiayai kos rawatan pesakit buah pinggang tahap lima di Malaysia.

Dr. Hilmi berkata kos rawatan bagi pesakit buah pinggang boleh mencecah sehingga RM40,000 seorang bagi tempoh setahun.

Justeru, kementeriannya sedang memberikan fokus kepada langkah pencegahan bagi menangani masalah buah pinggang serta pelbagai penyakit berbahaya lain dengan menjalankan pelbagai kempen kesedaran.

Katanya, orang ramai juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan seharian bagi mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya itu.

“Setiap orang harus amal gaya hidup sihat untuk elak obesiti dan kencing manis dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,” katanya. – BERNAMA

Tags: buah pinggang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

MGRC Tawar Penjagaan Holistik Buah Pinggang

23/06/2022
0

PETALING JAYA : Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC), mengumumkan ia sudah menguasai 51 peratus kepentingan dalam Aquahealth Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd