• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Perhebatkan Proses Tarbiah

oleh Ahmad Albab
10/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memperhebatkan proses tarbiah terhadap dasar dan falsafah perjuangan parti kepada anggota adalah antara keazaman yang diperlukan UMNO sempena menyambut ulang tahun penubuhan parti keramat orang Melayu itu sejak tujuh dekad lepas.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun menjangkau usia 71 tahun, parti itu dilihat perlu menggiatkan lagi usahanya menanam semangat dan falsafah perjuangan parti itu khususnya dalam kalangan anggota generasi muda.

“Saya tidak segan untuk menyatakan bahawa inilah satu cabang yang UMNO agak lemah iaitu dari segi tarbiah.

“Sebagai parti yang memerintah, banyak perkara dalam tangan kita…kuasa, projek, peruntukan, apatah lagi UMNO adalah sebuah parti terbuka, nak masuk tiada proses pertarbiahan, isi borang, dah jadi ahli, tak perlu lalui ujian, kursus. Tapi yang masuk itu, kualitinya apa?

“Untuk perjalanan ke hadapan, program latihan dan tarbiah itu mesti diperhebatkan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di Wisma Bernama di sini, malam ini.

Annuar berkata program-program latihan dan proses pentarbiahan itu perlu dilakukan secara berterusan dan bukan bersifat bermusim.

Anggota UMNO, katanya, juga perlu meningkatkan komitmen dan iltizam bahawa UMNO merupakan parti yang diwujudkan untuk mentadbir dan memerintah, bukan hanya untuk bertanding pada pilihan raya semata-mata.

“Bila mentadbir dan memerintah, ada falsafah dan ‘roh’ yang mesti dibawa bersama. Sebab itu, ia dipancarkan dalam Perlembagaan negara dan Perlembagaan parti.

“UMNO bukan kosong, bukan hanya satu lagi parti politik untuk masuk pilihan raya dan cuba memenangi beberapa kerusi. Kalau pembangkang, mereka boleh janjikan bulan dan bintang sebab dari awal ia tahu ia tak perlu buat.

“Tapi kita (UMNO), apa yang berlaku akan beri impak langsung kepada masyarakat. Kita ada agenda yang kita perlu jalankan untuk rakyat,” kata beliau.

Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program bual bicara itu sempena ulang tahun ke-71 UMNO pada 11 Mei ini, Annuar berkata parti itu perlu menjadi terbuka dengan menerima semula anggota yang telah keluar daripada parti berkenaan.

Beliau berpendapat proses perbezaan pendapat adalah sesuatu yang biasa berlaku dari dahulu dan ia tidak pernah menjejaskan parti itu.

“Kita tengok pada sejarah, Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pun pernah keluar dan masuk semula, Tengku Razaleigh (Tengku Razaleigh Hamzah) pun pernah dikeluarkan dan masuk semula.

“Proses perbezaan pendapat, keluar daripada parti, masuk semula itu berlaku sepanjang masa, pada saya ini sebahagian daripada lumrah perjalanan sebuah parti politik,”katanya.

Bagaimanapun, katanya, ada peraturan tertentu dalam Perlembagaan UMNO yang perlu dipatuhi dalam soal penerimaan semula bekas anggota UMNO itu. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd