• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sallehen Mukhyi Pesuruhjaya PAS Selangor Baharu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS Selangor hari ini mengumumkan Yang Dipertua PAS Sabak, Sallehen Mukhyi sebagai pesuruhjaya negeri yang baharu menggantikan Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sallehen yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak dilantik hasil mesyuarat badan perhubungan PAS Selangor yang pertama hari ini untuk penggal 2017/2019.

Selain pesuruhjaya, dua timbalan pesuruhjaya baharu turut dilantik pada mesyuarat itu, iaitu Mohd Haslin Hassan (Timbalan Pesuruhjaya II) dan Mohd Zamri Zainuldin (Timbalan Pesuruhjaya III), bagaimanapun, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Menurut Sallehen, fokus utama jawatankuasa baharu itu adalah memastikan kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang biarpun rakan sekutunya DAP telah memutuskan tahaluf siyasi dan kini menunggu keputusan Majlis Syura Ulama mengenai kedudukan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita akan teruskan kerja-kerja yang dirancang jawatankuasa perhubungan sebelum ini dan akan tambah baik mana-mana yang tertinggal demi memenangkan parti,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Sallehen berkata parti Islam itu akan bertanding sekurang-kurangnya 45 kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang berbanding 20 kerusi sebelum ini.

Bagaimanapun katanya isu pembahagian kerusi dengan PKR bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulama dan sekiranya ‘terpaksa’ berpisah, pihaknya akan berbincang untuk menambah jumlah kerusi yang akan dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd