• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Wesak Juga Lambang Demokrasi Malaysia

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Wesak juga merupakan lambang bagi demokrasi negara yang menunjukkan kebebasan beragama adalah faktor penting dalam perpaduan fahaman agama Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia telah menjadi satu daripada tumpuan cara hidup rakyat Malaysia.

“Esok, kawan-kawan Buddha kita akan menyambut Wesak. Satu hari yang istimewa bagi penganut Buddha di seluruh dunia untuk menghormati kelahiran, penyedaran dan kematian Buddha.

“Keamanan, kebaktian dan pengiktirafan nilai kemanusiaan bukan sahaja nilai-nilai sejagat yang dikongsi penganut Buddha tetapi ia juga adalah nilai-nilai bersama yang mengikat kita semua bersama-sama sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan sempena Hari Wesak yang akan disambut esok.

Najib juga berkata ia adalah hari di mana usaha khusus dibuat bagi membawa kebahagiaan kepada orang lain, terutama yang kurang bernasib baik.

“Bahawa kita prihatin dengan orang yang sakit, memberi makan kepada mereka yang kelaparan dan menyambut baik orang yang tidak dikenali tanpa mengira dari mana mereka datang. Bahawa kita harus melayan orang lain seperti mana kita mahu dilayan.

“Kita mesti mendukung nilai-nilai penting ini kerana jika tinggal bersama dan membantu antara satu sama lain, kita akan membina Malaysia yang lebih kukuh dan lebih baik untuk kita semua,” katanya.

Najib menegaskan bahawa Hari Wesak memberi peluang untuk memperingati sumbangan penganut Buddha kepada kemajuan negara dan setiap orang untuk membina masa depan yang lebih cerah untuk semua kaum, budaya dan agama.

Beliau mengucapkan “Selamat Hari Wesak!”

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd