• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ali Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap perkembangan kerjasama politik antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama PAS dalam masa terdekat.

Beliau berkata buat masa ini, pentadbiran kerajaan Selangor gabungan PKR, DAP dan PAS akan terus bekerja sebagai satu pasukan berdasarkan mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat untuk satu penggal sehingga PRU akan datang.

“Jadi, jangan buat spekulasi (hubungan PAS dan PKR) kerana seperti yang dinyatakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kita akan hormati keputusan Majlis Syura. Sekarang ini, kita tunggu keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang di sini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan exco PAS dalam kerajaan Selangor berikutan keputusan muktamar ke-63 parti Islam itu pada April lepas yang meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Kerajaan Selangor mempunyai komposisi tiga exco dari PKR, tiga DAP dan tiga PAS.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut menolak desakan Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini supaya beliau merombak pentadbiran kerajaan negeri dengan memberi peluang kepada pemimpin parti itu mengambil alih jawatan yang disandang oleh wakil-wakil PAS pada masa ini.

“Itu cadangan yang kita hormati…semua boleh beri pandangan tetapi saya telah nyatakan pada PRU lepas rakyat telah memilih 15 wakil rakyat PAS, 15 wakil rakyat DAP dan 14 wakil rakyat PKR, jadi dengan gabungan inilah kita dapat membentuk kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliPASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd