• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAP Tamatkan Khidmat Diogo Dan Andrew

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua pemain import Pulau Pinang, Diogo Ferreira dan Andrew Russell disingkirkan kerana gagal menampilkan aksi yang diharapkan selain memberi ruang kepada jurulatih, Zainal Abidin Hassan mencari penyerang import bagi mengukuhkan cabaran dalam baki saingan Liga Super.

Ferreira, 27, bekas pemain skuad bawah 23 tahun Australia yang beraksi sebagai pemain tengah dan Russell, 29, bekas pertahanan pasukan kebangsaan Hong Kong ditamatkan kontrak selepas Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengadakan perbincangan bersama Zainal Abidin.

Khidmat dua lagi pemain import iaitu pemain pertahanan kelahiran Brazil, Reinaldo Lobo dan juga penyerang Papua New Guinea, Nigel Dabinyaba, dikekalkan.

Presiden FAP, Zairil Khir Johari berkata keputusan itu dicapai mengikut keperluan pasukan dan juga prestasi kurang memuaskan yang ditunjukkan kedua-dua pemain tersebut setakat ini.

“Tempat mereka akan diganti oleh dua pemain import baharu yang akan dipilih dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Zairil berkata pihaknya bersama Zainal Abidin telah menjalankan ujian terhadap lima pemain import khususnya mereka yang boleh bermain dalam posisi penyerang baru-baru ini.

Beliau berkata masalah utama yang dihadapi skuad Harimau Kumbang musim ini ialah kegagalan pemain dalam menyempurnakan peluang gol yang dicipta.

“Fokus kami kali ini adalah untuk mencari pemain import yang boleh menjaringkan gol dan mengikut kuota, dua daripada pemain yang bakal menyarung jersi Harimau Kumbang itu harus dari Asia.

“Kami juga telah berbincang dan memberi kepercayaan penuh kepada Zainal Abidin untuk memastikan pemilihan pemain import yang baharu adalah yang terbaik untuk Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata pengumum rasmi akan dibuat akhir bulan ini bagi memperkenalkan pemain import baharu yang akan membantu Pulau Pinang dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Selepas 12 perlawanan, skuad Harimau Kumbang kekal di tangga tercorot Liga Super apabila hanya mampu mencatat satu kemenangan, dua seri dan sembilan kekalahan dengan mengutip lima mata. – BERNAMA

Tags: FAPZairil Khir Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

20/01/2019
0

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya...

FAP Dapat RM5 Juta Hadapi Musim Baharu Liga Premier

14/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi menghadapi Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd