• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Kerja Ke Parlimen Bukan Gimik Politik

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Siri lawatan kerja kepimpinan kerajaan negeri Johor ke setiap kawasan parlimen di negeri ini bukan gimik politik atau ‘gula-gula’ bagi meraih populariti rakyat, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Lawatan itu sebaliknya mempunyai kepentingan dan objektif tersendiri, katanya.

“Melalui lawatan berkenaan, kerajaan negeri dan saya sendiri berpeluang melakukan beberapa perkara penting dengan lebih berkesan.

“Lawatan ini membuka ruang untuk kami memantau sendiri perkembangan bagi segala agenda pembangunan, projek serta program prorakyat yang sedang atau bakal dilaksanakan di sesuatu (kawasan) parlimen,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaimi Salleh (BN-Kukup) yang ingin tahu adakah lawatan itu memberikan signifikan kepada rakyat atau sekadar meraih populariti memandangkan ia dipertikai individu-individu tidak bertanggungjawab.

Mohamed Khaled berpuas hati terhadap lawatan kerja terbabit yang bermula 3 Jan lepas di kawasan Parlimen Johor Baharu dan dalam tempoh empat bulan ini beliau sudah turun padang ke 22 daripada 26 kawasan parlimen di seluruh Johor.

Menurutnya secara keseluruhannya, siri lawatan berkenaan melibatkan pengumuman pelbagai inisiatif bagi memenuhi keperluan dan kepentingan sesuatu kawasan parlimen termasuk pembinaan dan menaik taraf jalan, pembinaan sekolah agama dan dewan.

“Siri lawatan ini melibatkan kira-kira RM1.4 bilion nilai projek yang akan dan sedang dibangunkan dan diperuntukkan melalui kerajaan negeri, pusat, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Saya yakin tidak ada satu pun daripada kesemua projek ini tidak bersifat prorakyat sebaliknya setiap satunya mempunyai kepentingan dan keperluan tersendiri,” katanya.

Mohamed Khaled sehubungan itu, berharap semua pihak dapat mengurangkan rasa prejudis yang tidak berasas bagi setiap program dan tindakan yang dilakukan kerajaan negeri sekali gus bersama-sama membantu agenda yang mendatangkan manfaat kepada rakyat Johor. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenali berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd