Sebelum ini kami ada siarkan artikel berkenaan seorang lelaki tua yang diketawakan beberapa anak muda ketika mula-mula bermain bola sepak, sebelum beliau menunjukkan skil-skil kelas dunia.
Hari ini, penulis tertarik dengan kebolehan seorang anak muda dari Brazil yang bermain drum hanya menggunakan beberapa set baldi dan peralatan besi berupa alat ganti kenderaan.
Video berkenaan dimuatnaik di laman Facebook Drum Talk TV oleh peminat mereka Eduardo Nascimento dari Sao Luis, di Brazil.
MENARIK – Pakcik Tua Ini Diketawakan Pada Mulanya, Tapi Lepas Tu…
Lelaki dalam video ini sememangnya begitu berbakat bermain drum dan bunyinya boleh dikatakan lebih sedap berbanding hasil dram biasa.
Dalam video berdurasi 4.16 minit ini, dia memainkan pelbagai versi muzik dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbuang.
Beberapa komen yang diterima untuk video itu memperlihatkan, ada antara mereka mahu memberikan satu set drum yang sebenar untuk lelaki itu mengembangkan skilnya yang baik.
Ada juga yang berpendapatan, oleh kerana lelaki itu begitu hebat dia tidak memerlukan drum yang sebenar pun untuk bermain dengan baik.
Anda layan sahajalah permainan drum lelaki ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ

