• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Korea Selatan Keluar Mengundi Hari Ini

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Rakyat Korea Selatan keluar mengundi hari ini untuk memilih presiden baharu selepas Park Geun-hye digulingkan, ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah serta berdepan ketegangan berkaitan isu nuklear Korea Utara.

Lebih 139,000 pusat membuang undi dibuka pada jam 6.00 pagi waktu tempatan di seluruh negara itu dan jumlah keluar mengundi dijangka mencecah paras rekod.

Pengundi yang bersemangat selepas didorong rasa marah susulan rasuah berleluasa dan skandal salah guna kuasa yang menjatuhkan Park sekali gus menjadi punca utama terhadap kekurangan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap.

Bekas peguam hak asasi manusia, Moon Jae-In yang berhaluan kiri mendahului tinjauan pendapat selama berbulan-bulan dengan tinjauan terakhir dikendalikan firma Gallup Korea, sebelum tempoh seminggu kempen dihentikan menunjukkan beliau meraih 38 peratus sokongan diikuti bekas jutawan teknologi, Ahn Chael-Soo sebanyak 20 peratus.

Sementara itu, wakil Parti Kebebasan Park, Hong Joon-Pyo berada pada kedudukan ketiga dalam saingan membabitkan 13 calon apabila mendapat sokongan sebanyak 16 peratus.

Kempen pilihan raya lebih tertumpu kepada isu ekonomi manakala perkara berkaitan Korea Utara tidak begitu mendapat perhatian.

Namun selepas sedekad pemerintahan konservatif, kemenangan Moon mungkin bakal menyaksikan perubahan pendekatan Seoul terhadap Pyongyang dan sekutu penting negara itu, Amerika Syarikat. – AFP/BH ONLINE

Tags: Korea Selatanpengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘BN Johor Asal Dan Ori’ – Facebook Najib Razak

‘BN Johor Asal Dan Ori’ – Facebook Najib Razak

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Najib Razak menyeru pengundi Johor tidak terpedaya dengan propaganda 'Undi UMNO-BN di Johor dapat DAP-PH'...

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd