• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Diminta Mohon Maaf Atau Dikenakan Tindakan

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – “Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang”, itulah kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.

Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.

“Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekal igus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.

Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program ‘Parlimen Olok-olok’ pada 10 April lepas, bahawa pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 1965 (RUU 355) yang dibentang Anggota Parlimen Marang, yang tidak menyentuh soal kenaikan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.

Jelasnya ini juga bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada Rafizi agar tidak bermulut celupar dengan mudah melakukan penghinaan terdapat mana-mana organisasi.

Wan Abd Malik yang juga Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Seluruh Malaysia menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dipolitikkan dan kenyataan yang dikeluarkan itu (oleh Rafizi) adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.

“Laporan ini dibuat kerana kenyataan Rafizi itu merupakan satu serangan ke atas integriti institusi kehakiman syariah dan perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya. – BERNAMA

Tags: mahkamahRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd