• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis P.Pinang Bongkar Makmal Dadah RM6.8 Juta

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.8 juta dalam serbuan di sebuah rumah flat di Taman Paya Terubong di sini, Jumaat lepas .

Serbuan dilakukan pada kira-kira 10.30 pagi hasil maklumat dan risikan sejak dua minggu lepas, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berumur 50 tahun disyaki anggota sindiket dadah itu di hadapan pintu rumah berkenaan.

“Antara dadah yang dirampas ialah 35.3 kilogram serbuk ecstasy; heroin (13.92 kilogram); syabu (20 kilogram); cecair minyak meth (33 liter); dan serbuk kafein (20 kilogram).

“Polis turut merampas pelbagai cecair kimia untuk menghasilkan dadah dan peralatan untuk memproses dadah antaranya alat penimbang, kuali, dapur gas dan pewarna makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Chuah berkata siasatan mendapati rumah itu disewa dan dijadikan makmal memproses dadah sejak sebulan lepas dan polis tidak menolak kemungkinan sindiket itu berpindah randah dari sebuah rumah ke rumah lain di sekitar negeri ini.

Berdasarkan siasatan, pasaran dadah yang diproses sindiket itu adalah untuk pelanggan terutama di pusat hiburan sekitar negeri ini, katanya.

Beliau berkata lelaki yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah serta positif dadah. Dia direman sehingga 12 Mei. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd