• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perancis Pilih Macron Sebagai Presiden

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Calon bebas berhaluan sederhana, Emmanuel Macron dipilih sebagai presiden Perancis yang baharu selepas memenangi pilihan raya tersebut, awal pagi Isnin.

Kemenangan Macron disahkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Perancis.

Data rasmi menunjukkan daripada 65.31 peratus undi yang dikira malam Ahad, sebanyak 12.5 peratus undi dilaporkan rosak, manakala 24.7 peratus lagi undi dikira sebagai berkecuali.

Macron, 40, dijadual mengangkat sumpah jawatannya minggu depan di Istana Elysee, namun tarikh rasmi belum ditetapkan.

Majlis itu akan diadakan sebelum berakhirnya penggal perkhidmatan Presiden Francois Hollande pada 14 Mei ini.

Macron dijangka menghadiri majlis rasmi sebagai bakal presiden pada Isnin sempena majlis memperingati Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua.

Majlis Perlembagaan dijangka mengumumkan keputusan rasmi undian, Khamis ini.

Sebaik majlis angkat sumpah, Macron akan melantik perdana menteri dan membentuk barisan Kabinetnya.

Proses itu dijangka mengambil masa selama beberapa hari untuk diselesaikan. – Reuters/AP/mStar Online

Tags: Emmanuel MacronPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

09/07/2025
0

LONDON: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa mendesak pengiktirafan kenegaraan Palestin dalam ucapannya di Parlimen United Kingdom (UK), dengan menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd