• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Parti Bertoleransi, Kekalkan Keutuhan

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – UMNO merupakan parti yang paling bertoleransi dalam memastikan keharmonian kaum terpelihara sekaligus memastikan keutuhan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya terus kekal, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata semangat toleransi dan boleh berkompromi itu dapat dilihat apabila semua komponen parti dalam BN banyak mencapai kata sepakat termasuk dalam menangani isu berat.

Sebagai contoh, Adnan merujuk kepada percanggahan pendapat yang berlaku dalam BN berhubung pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat sebelum ini.

“Apabila pembentangan RUU 355 dibantah oleh parti komponen lain dalam BN, kepimpinan yang diterajui perdana menteri mencapai kata sepakat supaya RUU 355 itu dibentangkan secara persendirian.

“Begitu juga dengan cadangan untuk meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang dibimbangi melibatkan status agama anak perkahwinan campur mendapat bantahan orang Melayu, kerajaan mengambil keputusan perkara itu ditangguhkan,” katanya.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Sang Saka Bangsa pada larian bendera sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 peringkat Pahang di Bangunan UMNO Bahagian Kuantan di sini, semalam.

Beliau juga mengingatkan anggota parti keramat Melayu itu supaya sentiasa bersatu dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden kerana “kesinambungan perjuangan UMNO bergantung kepada sikap saling memerlukan antara pemimpin dan akar umbi”.

“Matlamat dan hala tuju parti hanya boleh dicapai apabila kepimpinan dan anggota dapat bersatu. Selagi kita bersatu, presiden boleh meneruskan kepimpinannya.

“Semua anggota perlu mempunyai matlamat yang sama iaitu mahu memastikan parti terus hidup dan menerajui negara bersama-sama dengan parti komponen,” katanya.

Adnan juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak termakan dengan dakyah pembangkang yang mahu menjatuhkan BN, seperti yang berlaku di beberapa negara luar, parti pemerintah yang sudah lama memegang tampuk kepimpinan, tewas dalam pilihan raya.

“Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku dalam UMNO. Pembangkang cuba untuk memecahkan kita kerana parti kita masih memegang rekod sejak penubuhannnya dan sejak merdeka masih mendapat sokongan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd