• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Terdesak Untuk Bergantung Kepada DAP

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keadaan terdesak sehingga memerlukan DAP sebagai tempat untuk bergantung harap.

Ismail Sabri berkata bekas perdana menteri itu jelas membuat pusingan U kerana sebelum ini beliau lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti perkauman yang membawa fahaman sempit.

Tidak sesiapa pun menyangka Dr. Mahathir boleh membuat pusingan U sebegitu, namun demi kelangsungan kepentingan politik peribadi beliau dan anaknya, beliau sanggup berbuat apa sahaja, katanya.

“Jadi untuk beliau boleh menumpang dalam pakatan pembangkang, beliau terpaksalah buat apa sahaja termasuk membuat pusingan 360 darjah memuji Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dahulu lantang dikritiknya,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Terbuka Piala Pusingan Ahli Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berpendapat tindakan itu dibuat kerana Dr. Mahathir melihat DAP mempunyai kerusi paling banyak berbanding dengan parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Betullah Dr. Mahathir mudah lupa… beliau sudah lupa apa yang beliau cakap dahulu… mungkin beliau sudah lupa segala-galanya,” katanya ketika mengulas kenyataan Dr. Mahathir semalam semasa menghadiri majlis makan malam anjuran DAP di Gelang Patah, Johor.

Dr. Mahathir dilaporkan sebagai beliau berasa selesa bekerja dengan parti itu berbanding mana-mana parti pimpinan kerajaan ketika ini. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Ismail Sabri YaakobTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd