• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Lakukan Lawatan Kerja 4 Hari Ke Australia

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia dari 7 hingga 10 Mei dengan tumpuan memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang keselamatan, usaha memerangi ancaman keganasan dan jenayah rentas sempadan serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra hari ini, lawatan julung kali Ahmad Zahid sejak menyandang jawatan timbalan perdana menteri pada Julai 2015 itu adalah atas undangan Menteri Imigresen dan Keselamatan Sempadan Australia Peter Dutton.

Lawatan kerja Ahmad Zahid, yang diiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada kementerian-kementerian yang berkaitan, akan melibatkan Canberra dan Sydney.

Semasa di Canberra, Ahmad Zahid dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Menteri Keadilan Australia Michael Keenan.

Di Sydney, beliau akan membuat kunjungan hormat ke atas Gabenor New South Wales, David Hurley dan akan mengunjungi Australian Border Force (ABF) College.

Timbalan Perdana Menteri juga dijadual menghadiri majlis makan malam bersama pelajar-pelajar Malaysia di Sydney sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, jumlah dagangan Malaysia-Australia meningkat 38 peratus kepada US$1.98 bilion (RM8.84 bilion) berbanding tempoh yang sama pada 2016. – BERNAMA

Tags: AustraliaZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd