• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: Calon MCA Di Kerusi Parlimen Gelang Patah

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor bersetuju meletakkan calon MCA untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah yang disandang oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata calon itu, bagaimanapun, akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan BN pusat.

“BN Johor akan meletakkan calon di semua tempat…tidak akan ada yang terlepas termasuk Gelang Patah yang kita telah bersetuju letakkan calon MCA,” katanya, yang juga Pengerusi UMNO Johor, pada sidang media selepas mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Kit Siang dalam satu ceramah di sini malam tadi bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya pada PRU-14.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau (Lim Kit Siang),” katanya sebagai merujuk kepada keputusan pemimpin veteran parti pembangkang itu.

Pada PRU-13, pada 2013, Kit Siang menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata jentera pilihan raya parti itu sudah melakukan 75 peratus persiapaan bagi menghadapi PRU-14.

Persiapan ini, katanya, termasuk mengenal pasti perkara-perkara yang akan diperjuangkan untuk rakyat iaitu berhubung keselamatan dan lain-lain, serta mengesan jumlah pengundi sebenar masyarakat Melayu di Johor.

“Bagi pengundi itu, kita telah berjaya mengesan seramai 800,000 orang menerusi proses ‘percubaan’ yang dilaksanakan.

“Tentang sentimen mereka, itu adalah rahsia parti tetapi rata-rata mereka bersama dengan kerajaan negeri dan pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd