• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Bakal Lancar 2 Projek, Mantapkan Sektor Usahawan

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor dijangka melancarkan dua projek khusus untuk usahawan Bumiputera dalam jangka masa terdekat bagi merancakkan lagi budaya keusahawanan dalam kalangan mereka.

Dua projek berkenaan ialah pembinaan 30 unit kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan seluas 1.86 hektar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM25 juta daripada Kementerian Kewangan.

Peruntukan itu disalurkan kepada kerajaan negeri menerusi SME Corporation dengan projek berlangsung di Kampung Pasir Gudang Baru, di sini manakala sebuah lagi projek ialah pembinaan Persada Annex di pusat bandaraya Johor Bahru yang menawarkan lebih 200 ruang niaga.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi kilang IKS itu, Johor Corporation (JCorp) diamanahkan untuk membangunkannya di bawah Pelan Pelancaran 2 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“​​​​​​Apabila siap pada pertengahan 2018, ia akan disewakan kepada pengusaha-pengusaha Bumpitera. Kita bercadang mengadakan majlis pecah tanah di hadapan Kampung Pasir Gudang Baru pada Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Usahawan Peringkat Negeri Johor 2017 bersempena Minggu PKS di Johor Circuit Pasir Gudang di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Ismail Mohamed; Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Noraini Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Datuk Dr Hafsah Hashim dan Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor Hahashrin Hashim.

Mengenai projek Persada Annex pula, Mohamed Khaled berkata majlis pecah tanah akan diadakan pada 16 Mei ini, di sebelah bangunan Pusat Konvesyen Antarabangsa (Persada) Johor, dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM43 juta daripada JCorp.

Berhubung majlis itu, beliau menyarankan EDC agar mengkaji semula fungsi dan peranannya dalam menggerakkan serta membudayakan keusahawanan, selain menggesa masyarakat membetulkan beberapa salah tanggapan terhadap dunia keusahawanan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

Dua Anggota MALBATT 850-13 Cedera Ringan Insiden Serangan Udara

Dua Anggota MALBATT 850-13 Cedera Ringan Insiden Serangan Udara

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 mengalami kecederaan ringan akibat kesan sampingan insiden serangan udara yang berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd