• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Import Ditahan Miliki Kereta Mewah Klon

oleh AK-47
06/05/2017
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan seorang pemain import pasukan bola sepak tempatan di tempat letak kenderaan di Bandar Puteri Puchong dekat sini awal pagi ini, kerana disyaki memiliki sebuah kereta mewah klon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata lelaki Afrika berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 4 pagi, selepas sepasukan anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap kereta BMW 325i miliknya yang mempunyai nombor pendaftaran palsu.

“Ketika pemeriksaan, lelaki Afrika itu membuka pintu kereta tersebut menggunakan alat kawalan jauh dan menghidupkan enjin.

“Semakan pihak kami seterusnya mendapati nombor casis kereta berkenaan tiada dalam rekod sistem Jabatan Pengangkutan Jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata pemain itu ditahan dan direman sehingga 7 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil dan kereta berkenaan turut dirampas untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: ditahankereta klon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd