• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kebakaran Rumah, 5 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kebakaran melibatkan sebuah rumah dan lima kenderaan di Jalan Permas 14, Taman Permas Jaya, di sini, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt M.Kumar berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di kawasan berhampiran kira-kira 4.30 pagi.

“Polis menerima laporan kejadian pada 1.19 pagi dan berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai ada berunsurkan perbuatan khianat dengan api,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan menunggu laporan pihak forensik serta bomba.

Katanya pihaknya percaya lebih seorang individu terlibat dalam kes berkenaan dan beberapa tangkapan dijangka dilakukan selepas ini.

Lelaki tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hamzah yang dihubungi berkata pihaknya menerima laporan kebakaran melibatkan rumah dan lima kenderaan itu pada 1.17 pagi.

Anuar berkata operasi memadam kebakaran yang diketuai beliau bersama lima anggota lain berjaya memadam kebakaran pada 3.20 pagi.

“Kebakaran melibatkan 30 peratus bahagian hadapan rumah manakala tiga kereta dan dua motosikal pula terbakar 100 peratus,” katanya, dan menambah, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu. – BERNAMA

Tags: kebakaranlelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd