• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asnaf Perlu Jujur Beri Maklumat Peribadi

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap asnaf di negeri ini perlu jujur memberi maklumat peribadi mereka yang sebenar dalam urusan permohonan bantuan.

Baginda bertitah pemalsuan maklumat sedemikian adalah sesuatu yang tidak wajar dibuat demi kepentingan diri selain tidak adil kepada pihak lain yang benar-benar kesempitan serta perlu menerima bantuan sewajarnya.

“Kita tidak mahu ada antara asnaf yang mengambil kesempatan dan mengaku tidak pernah menerima bantuan, sedangkan mereka sentiasa mendapat perhatian daripada pelbagai pihak,” titah baginda.

Raja Muda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian pada program ‘Jalinan Kasih Murni’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) di Surau Ibnu Khaldun, Taman Semarak di sini malam tadi.

Ketibaan baginda disambut oleh Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan MIDF, Abdul Malek Abdul Hafiz dan Ketua Jabatan Syariah MIDF, Firdaus Kader Mohideen.

Baginda menambah, selain jujur memberikan maklumat peribadi, para asnaf juga perlu bijak melaporkan kes kepada pihak yang betul agar tidak mengundang salah tafsiran kepada agensi berwajib bahkan merugikan semua pihak.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai daripada MAIPs berjumlah RM34,200 kepada 57 penerima, sementara Abdul Malek mewakili MIDF menyerahkan RM5,700 kepada penerima yang sama.

Untuk rekod, MIDF telah memberikan pelbagai sumbangan melalui MAIPs untuk projek pembinaan rumah-rumah asnaf dalam Projek Rumah Murni MIDF, pembinaan Dewan Kuliyyah MAIPs, pembinaan Dewan Makan Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah Behor Mali dan sumbangan komputer serta buku-buku agama. – BERNAMA

Tags: asnafRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

Bank Muamalat Sedia Akses Kewangan Untuk Golongan Asnaf, B40

07/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mewujudkan program iTEKAD yang bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd