• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Bawa Lari Lori MBPP Ditahan

oleh AK-47
06/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua peniaga ditahan susulan kejadian ‘rampasan’ lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Bagan Jermal, Georgetown, Pulau Pinang, malam tadi.

The Star melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua mereka ditahan sejurus selepas kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.45 malam.

“Kami sedang memohon perintah reman di Mahkamah George Town untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mior berkata, satu laporan dibuat oleh seorang penguatkuasa di Balai Polis Pulau Tikus pada pukul 9.45 malam dengan mendakwa kedua-dua suspek melarikan diri dengan sebuah lori selepas dia turun dari kenderaan.

“Pegawai penguat kuasa itu turun dari lori dan berjalan ke belakang kenderaan sebelum kedua-dua suspek masuk ke dalam lori dan mengunci dan membawa lari lori tersebut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

BACA INI: Peniaga ‘Rembat’ Lori MBPP Ketika Gerai Diserbu

Dalam kejadian Khamis malam, dua lelaki bertindak nekad membawa lari lori MBPP akibat berang dengan tindakan penguat kuasa cuba merampas barang perniagaan mereka.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjelaskan, tindakan mereka membawa lori ke Balai Polis kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: loriMBPPpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

Konvoi Lori Bendera BN Curi Perhatian, Netizen: ‘Abam Lori Dah Insaf’

27/07/2026
0

SEREMBAN – Satu rakaman video memaparkan konvoi lori membawa bendera Barisan Nasional (BN) di sebuah jalan di Negeri Sembilan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd