• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pelajar Minum Racun: Bukan Buli, Tapi Putus Cinta

oleh AK-47
05/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Punca kematian seorang pelajar tingkatan tiga akibat minum racun bukanlah disebabkan dibuli seperti yang didakwa sebelum ini, sebaliknya atas kerelaan hati gara-gara putus cinta.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin.

Menurutnya, persoalan mengenai kes ini terjawab apabila rakan baik remaja berkenaan hadir ke Balai Polis Nilai kira-kira pukul 8.30 malam, semalam menceritakan kisah yang sebenar.

Menurutnya, rakannya itu ada memaklumkan niatnya yang ingin minum racun kerana kecewa putus cinta.

“Dia mendakwa berjumpa rakannya itu di belakang sebuah pasar raya di pekan Nilai, jam 2 petang, 26 April lalu. Rakannya membawa botol berisi cecair biru dipercayai racun.

“Rakannya memberitahu mahu minum racun kerana putus cinta. Dia cuba menghalang tetapi rakannya masuk ke kawasan kebun berhampiran dipercayai untuk minum racun.

“Ini menyebabkan dia ketakutan lalu melarikan diri meninggalkan rakannya itu,” katanya seperti yang dipetik di Harian Metro pada sidang media di Balai Polis Nilai.

Tambahnya, keterangan rakannya itu sekali gus melengkapkan siasatan berhubung kes kematian pelajar berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan masih lagi diteruskan dan ibu bapa pelajar berkenaan turut akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Terdahulu, pelajar berkenaan, S Pavin, dilaporkan meninggal dunia Selasa lalu, di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas ada dakwaan menyatakan dia dipercayai dibuli.

Mangsa dikatakan kemudian dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar gara-gara menegur mereka sedang menghidu gam di Pekan Nilai pada 26 April lalu.

Namun, laporan bedah siasat mendapati tiada bukti atau kesan kecederaan membuktikan dia diperlakukan sedemikian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes bulipelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd