• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majoriti Islam Ditindas Minoriti Bukan Islam?

oleh
04/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU diskriminasi atas dasar kepercayaan agama sebenarnya dialami oleh golongan majoriti atau umat Islam di negara ini, dan tidak pula oleh golongan minoriti atau bukan Islam.

Pengarah Eksekutif Pusat bagi Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin berkata demikian bagi menyangkal Laporan Suruhanjaya mengenai Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF) 2017 bagi Malaysia.

“Minoriti di Malaysia secara umumnya tidak mengalami sebarang diskriminasi atas alasan kepercayaan agama, tetapi yang sebenar, realitinya adalah sebaliknya.

“Majoriti mengalami diskriminasi atas alasan kepercayaan agama manakala minoriti diberi kebebasan, walaupun ia melanggar undang-undang atas alasan kebebasan beragama,” kata Azril dalam penjelasan 30 muka surat mengenai laporan USCIRF.

Centhra memberi contok struktur tempat ibadat yang dibina secara haram di tanah milik kerajaan negeri tanpa kebenaran kerajaan, lot kedai, pejabat dan bangunan komersial dijadikan sebagai gereja Kristian yang melanggar undang-undang perancangan.

Dalam pada itu, beliau berkata contoh lain ialah sesetengah pekerja yang beragama Islam dinafikan hak oleh syarikat swasta untuk menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal satu daripada perkara dalam laporan USCIRF yang menyatakan konon sesetengah menghadapi kesulitan untuk mengakses bahan agama seperti Bible dan mendapat kebenaran kerajaan untuk membina rumah ibadat.

Azril berkata kitab suci Bible atau dirujuk Injil untuk bacaan penganut Kristian dijual bebas secara terbuka di hampir setiap kedai buku umum tanpa masalah.

Beliau mempersoalkan laporan USCIRF yang mendakwa pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), atau institusi Islam, memburuk-burukkan golongan minoriti agama dalam khutbah.

Katanya, spekulasi pemerhati bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh mengadakan pilihan raya awal “bergantung apabila beliau fikir UMNO boleh mendapat undi terbanyak” tidak disokong oleh sebarang bukti dalam laporan USCIRF.

“Siapakah pemerhati itu dan mengapa mereka tidak dipetik? Walaupun jika benar, ia tidak melanggar kebebasan beragama dan ia selaras dengan amalan demokrasi,” kata beliau mengulas laporan USCIRF bahawa kuasa politik terus mengeksploitasi agama dan etnik.

Azril berkata fahaman lain seperti Syiah, Ahmaddiyah, Baha’i dan Al-Arqam diharamkan kerana kebimbangan mengenai keselamatan negara, bukan kerana tindakan tidak toleran kerajaan seperti yang digambarkan dalam laporan USCIRF.

Kecaman oleh Najib mengenai layanan kerajaan Myanmar ke atas minoriti Islam Rohingya, seperti disebutkan dalam laporan USCIRF itu, adalah wajar memandangkan pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar ke atas mereka, tambahnya.

“Semua ini berlaku walaupun adanya kerajaan baharu, yang kononnya kerajaan demokratik dan diketuai sendiri oleh ikon antarabangsa, Aung San Suu Kyi.

“Begitu juga dengan penghantaran kapal Malaysia ke Sittwe untuk memberi bantuan kepada etnik Rohingya dengan membawa bekalan dan bantuan kemanusiaan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Azril Mohd. AminCenthraJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd