• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Tingkatkan Kemahiran ICT

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi memastikan mereka mampu memberikan perkhidmatan cepat dan berkualiti kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Beliau berkata, kemahiran pengunaan ICT kini adalah penting kerana kerajaan sedang berusaha melaksanakan sistem teknologi dan aplikasi termoden dalam perkhidmatannya untuk rakyat.

“Sesetengah penjawat awam yang enggan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dengan alasan mereka sudah tua atau mahu pencen tetapi alasan itu tidak boleh diterima kerana penggunaan ICT adalah tanpa batasan usia,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri sesi taklimat projek 1gov*govnet.global di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di sini , hari ini.

Katanya, pengetahuan penggunaan ICT adalah sesuatu yang perlu bagi semua orang terutamanya untuk menghadapi revolusi keempat teknologi maklumat.

“Revolusi yang dijangka berlaku tidak lama lagi akan menyebabkan semua urusan menggunakan teknologi maklumat dengan bantuan sistem robotik.

“Kelemahan pengetahuan ICT dalam urusan kerja seharian akan membawa kerugian dari segi kos dan masa kerana semua pihak penyedia perkhidmatan kini sedang berusaha untuk menjimatkan kos,” katanya.

Entulu berkata adalah sesuatu yang membazir bagi kerajaan jika penjawat awam tidak tahu menggunakan segala perkakasan teknologi yang canggih bertujuan mempercepatkan urusan dan mengurangkan kos.

Beliau berkata, kerajaan kini menggunakan aplikasi internet bagi mewujudkan satu rangkaian sistem antara agensi-agensi kerajaan di dalam dan luar negara supaya memudahkan penjawat awam memberi layanan dengan cepat dan mudah kepada rakyat.

“Disebabkan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan oleh kerajaan, kita mahu penjawat awam mahir menggunakannya tanpa mengira usia dan jawatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Joseph Entulu BelaunKemahiran ICTPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd