• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemuka Bukti Saintifik Kukuh Manfaat Terapi Ozon

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pihak yang terlibat perlu mengemukakan bukti saintifik kukuh kepada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan terapi ozon bermanfaat untuk kesihatan sekiranya mahu kementerian itu mengiktiraf rawatan tersebut, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan berpendirian bahawa terapi ozon adalah sejenis rawatan yang tidak diiktiraf dan cara rawatan tersebut dilihat mempunyai risiko malah terdapat kes kehilangan nyawa mereka yang mendapatkan rawatan tersebut, kata Dr Subramaniam tanpa memberikan butiran.

“Kalau mereka bawa bukti sains tunjukkan kepada kita dan (bukti) itu diterima jawatankuasa teknikal dan pakar kementerian, selain bukti itu mengikut prosedur sains ditetapkan, ini kita terima lah.

“Jika kebanyakan komuniti perubatan menerima ini sebagai suatu jenis rawatan yang mempunyai bukti daripada sudut sains dan (peralatan digunakan) didaftarkan dengan agensi berkuasa, (pengiktirafan) itu boleh dibuat, tetapi sampai sekarang tiada bukti dan tidak didaftar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-8 di Bandar Hilir di sini.

Semalam, Dr Subramaniam berkata kementerian itu mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua premis perniagaan termasuk klinik dan salun kecantikan agar berhenti menawarkan perkhidmatan itu serta merta.

Beliau berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membuat pemantauan ketat terhadap isu itu berdasarkan dua faktor iaitu mesin dan bahan ubatan yang digunakan dalam rawatan terapi ozon itu.

“Mesin yang digunakan mesti didaftarkan di bawah Akta Peranti Perubatan dan bahan yang digunakan itu cuma boleh digunakan oleh pengamal perubatan seperti ubat mencairkan darah (heparin), saya harap pihak yang terlibat tidak teruskan rawatan ini tanpa pengiktirafan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan mahu melaksanakan lebih banyak program pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan sakit jantung bagi membanteras penyakit itu sebelum ia mendatangkan mudarat kepada rakyat.

“Dengan program baharu ini, kita akan lakukan banyak saringan kesihatan kepada rakyat dan kesan penyakit ini di peringkat awal, kemudian beri rawatan awal dan nasihatkan mereka bagaimana mengamalkan gaya hidup sihat, kita tidak mahu (kesihatan) mereka sudah teruk baru hendak dapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamRawatan Terapi Ozon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd