• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undian Awal Pilihan Raya Presiden Korea Selatan

oleh
04/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pengundian awal bagi pilihan raya Presiden Korea Selatan bermula Khamis dengan lebih 3,500 pusat pengundian di seluruh negara dan ratusan ribu pengundi dijangka keluar mengundi, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Tempoh pengundian selama dua hari itu, bermula 6 pagi dan ditutup 6 petang Jumaat, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC).

Ia adalah pengundian awal pertama bagi pilihan raya presiden sejak sistem itu diperkenalkan pada 2014 dalam usaha meningkatkan peratusan keluar mengundi.

Pada pilihan raya tempatan 2014 jumlah pengundi awal ialah sebanyak 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi 20.2 peratus.

Sementara pada pilihan raya Dewan Negara tahun lepas jumlah pengundi menunjukkan peningkatan kepada 21 peratus, menurut NEC.

Bagi meningkatkan lagi jumlah keluar mengundi, suruhanjaya pilihan raya turut membuka pusat pengundian di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan stesen kereta api utama di Seoul, memandangkan ramai penduduk dijangka akan bercuti tiga hari pada hujung minggu susulan cuti umum sempena Hari Kanak-Kanak.

Lebih 42.4 juta orang layak mengundi pada pilihan raya akan datang, bilangan terbesar pengundi dalam sejarah negara.

Pengundi orang kurang upaya dan berada di negara ini telah diadakan sejak Isnin dan akan berakhir pada Khamis.

Tempoh mengundi enam hari untuk pengundi tinggal di luar negara telah diadakan akhir bulan lepas.

Pilihan raya diadakan selepas bekas Presiden, Park Geun-hye disingkirkan atas tuduhan rasuah yang juga telah membawa kepada penangkapan beliau.

Pungutan suara terkini bagi pilihan raya presiden menunjukkan Moon Jae-in dari Parti Demokratik Liberal mendahului dengan 42.4 peratus diikuti oleh Ahn Cheol-soo (Parti Rakyat) dan Hong Joon-pyo bekas pemerintah Parti Liberty dengan masing-masing memperolehi 18.6 peratus. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

Surat Peletakan Jawatan Telah Di Hantar.. Rafizi, Nik Nazmi Mahu Bertanding Semula Di Parlimen Pandan, Setiawangsa

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan sudah menghantar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd