• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wira Paralimpik Muka Baru Dairy Champ

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REZEKI berganda buat dua wira paralimpik kebangsaan Ridzuan Puzi dan Muhammad Ziyad apabila ‘dilamar’ menjadi muka baru kepada produk susu pekat manis, Dairy Champ.

Ini sekali gus mencipta sejarah baru apabila menjadi atlet paralimpik pertama dipilih sebagai duta produk jenama tenusu itu.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua atlet ini akan menjadi ikon baru dalam kempen produk tenusu kegemaran ramai, sekali gus bakal beraksi dalam iklan kreatif yang sebelum ini menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Dairy Champ menarik perhatian rakyat Malaysia dengan iklan kreatif mencuit hati yang menampilkan Dato’ David Arumugam dan Dato’ Seri Vida.

Pengurus Pemasaran Etika Sdn. Bhd., S Santharuban berkata, kedua-dua wira kebangsaan itu dilamar menjadi duta baru selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam bidang sukan.

Menurutnya, kegigihan dan semangat ditonjolkan mereka untuk meraih kejuaraan dilihat selari dengan tema produk Dairy Champ iaitu ‘Mesti-Lah’.

“Kami amat kagum apabila Ridzuan Puzi yang menghidap cerebral palsy (CP) sejak setahun, mencatat sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi pingat emas di Paralimpik Rio 2016.

“Malah Muhammad Ziyad meraih pingat emas serta mencipta rekod dunia baru menerusi acara lontar peluru lelaki F20,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya, rakyat Malaysia akan melihat kempen pemasaran membabitkan dua atlet paralimpik itu di beberapa platform termasuk di papan iklan, media cetak dan digital dalam tempoh terdekat.

“Kami tidak sabar untuk berkongsi kempen ikonik ini bersama rakyat Malaysia. Diharapkan ia akan menjadi inspirasi buat semua,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: atlet paralimpikdutaZiyad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

02/04/2024
0

Kempen boikot yang berterusan terhadap beberapa syarikat rantaian berkaitan Amerika Syarikat di Malaysia akhirnya akan memberi kesan dan menjejaskan pekerja...

China Negara Pertama Lantik Duta Ke Afghanistan

China Negara Pertama Lantik Duta Ke Afghanistan

14/09/2023
0

KABUL : China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada tahun 2021. Taliban berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd