Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Lelaki Disangka Mati &...

Liberia – Sebuah pekan di Monrovia, di sini, menjadi kecoh selepas seorang lelaki...

1MDB Akan Jawab Tony...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia akan menjawab anggota Parlimen...

MAHB Sasar 10 Syarikat...

SEPANG - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyasarkan untuk menarik 10 syarikat penerbangan...

Ganja Kena Curi, Penagih...

LONDON - Operator polis di Buckinghamshire, tenggara England, dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan...

China Negara Pertama Lantik Duta Ke Afghanistan

KABUL : China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada tahun 2021.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Taliban berkata, pelantikan Zhao Xing bakal membuka ruang bagi negara lain untuk menjalin hubungan dengan kerajaannya.

Sehingga kini, tiada negara lain yang mengiktiraf kerajaan Taliban selepas dikritik kerana banyak melakukan pencabulan hak asasi manusia di Afghanistan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi antarabangsa lain mengecam Taliban kerana layanannya terhadap wanita.

Kementerian Luar China berkata, Beijing akan terus memajukan dialog serta kerjasama dengan Afghanistan, malah dasarnya terhadap negara itu jelas dan konsisten.

“Pelantikan Xing adalah sebahagian daripada penggiliran biasa Duta Besar China ke Afghanistan,” jelas kementerian itu.

Pemimpin Taliban menerima Xing di Istana Presiden di ibu negara Kabul dalam satu majlis sambutan besar-besaran.


Mereka yang hadir termasuk pemangku Perdana Menteri, Mohammad Hassan Akhund dan pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi.

Xing menggantikan Wang Yu, yang menamatkan perkhidmatannya sebagai duta bulan lalu.

Menurut penganalisis, perlantikan Xing sebagai Duta China ke Afghanistan adalah sebahagian daripada langkah Beijing untuk mengukuhkan pengaruhnya di rantau itu.

Beijing mempunyai kepentingan besar di Afghanistan yang berada di tengah-tengah wilayah yang menjadi kunci kepada infrastruktur Inisiatif Jalur dan La­­luan (BRI) diasaskan Chi­na.

Sebelum Taliban kembali berkuasa, pegawai China dilaporkan mengadakan perbincangan peringkat tinggi dengan kumpulan itu.

Beijing sebelum ini menegaskan mahu melabur dalam sumber asli Afghanistan yang dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.6 trilion) termasuk deposit kuprum, litium dan emas yang banyak.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply