• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Suami Isteri Disyaki Terlibat Rasuah

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) iaitu projek Technical Support Rapid Cheras Selatan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya dan menerima rasuah untuk kepentingan diri.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, SPRM berkata suspek yang berumur 54 tahun ditahan bersama isterinya, 50, pada jam 6.30 petang hari ini.

Melalui maklumat hasil siasatan awal, suspek disyaki menerima rasuah bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti bas dan pembaikan bas.

“Suspek yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang dipercayai menerima rasuah berjumlah RM 500,000 sejak tahun 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas penyeliaannya.

Selain itu, wang rasuah yang diterima turut dimasukkan ke dalam akaun milik isterinya juga sejak 2013,” katanya dalam kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan jika disabitkan kesalahan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya akan direman esok bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd