• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Rosly `Serang’ Rafizi Gagal Hormat Keadilan

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Keadilan (PKR) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah mengecam Naib Presidennya, Rafizi Ramli kerana seolah-olah mendakwa beliau bersalah dalam kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Adam Rosly yang menghadapi pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan isu kekayaan luar biasa menyifatkan Rafizi seorang yang tidak menghormati konsep keadilan.

“Saya sangat kecewa dengan kenyataan Rafizi dalam sidang media yang mencadangkan bahawa saya bersalah dalam tuduhan yang sedang saya hadapi.

“Dia gagal menghormati prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan komen beliau sama sekali tidak sesuai kerana kes terhadap saya masih belum selesai di mahkamah. Kata-kata kasarnya terhadap saya adalah berniat jahat dan didorong oleh agenda yang tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kenyataannya bagi memulihkan imej PKR yang tercalar teruk berikutan kes tersebut baru-baru ini menggesa Adam Rosly supaya bercuti dari jawatannya.

Beliau mendakwa kononnya PKR amat tegas mengenai perkara-perkara yang bersabit dengan tadbir urus dan integriti maka satu tindakan akan diambil untuk menjarakkan kemelut peribadi Adam dengan PKR.

Mengulas perkara itu, Adam Rosly berkata, beliau mengambil keputusan bercuti daripada memegang jawatan Ketua Pemuda PKR Ampang dan telah menyerahkan surat berkenaan perkara itu kepada Presiden PKR dan Ketua PKR Ampang bukan kerana Rafizi tetapi ia tindakan yang wajar.

“Saya akan kekal dalam PKR dan akan kembali menjalankan tugas selepas dibebaskan daripada kes ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Adam Rosly AbdullahPKRRafizi RamliSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd