• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Negaraku’ Terbang Tinggi Bersama Malaysia Airlines

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines (MAS) memperlihatkan komitmen tingginya dalam menyertai inisiatif “Negaraku”, yang bertujuan memupuk semangat patriotik di seluruh negara.

Dalam mendukung inisiatif ini, Malaysia Airlines menyemai semangat “Negaraku” di tempat kerja, di dalam talian, serta di pelbagai kaunter pelanggan termasuk menampilkan lambang “Negaraku” dengan lambang pengenalan istimewa di beberapa pesawatnya.

Majalah dalam penerbangan Malaysia Airlines, “Going Places” juga menampilkan wira-wira Malaysia dan menyediakan kandungan khas dalam hiburan dalam penerbangan.

Komitmen Malaysia Airlines kepada inisiatif “Negaraku” diperlihatkan menerusi penyerahan pas masuk Malaysia Airlines dan model pesawat dengan lambang pengenalan istimewa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyaksikan majlis pengumuman MAS bagi inisiatif ‘Negaraku” itu di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd Peter Bellew menyatakan Malaysia Airlines bangga untuk komited kepada inisiatif “Negaraku” bagi menunjukkan statusnya sebagai satu-satunya syarikat penerbangan milik 100 peratus Malaysia.

“Ia (Negaraku) mencerminkan dengan jelas rasa bangga dan kasih sayang rakyat Malaysia terhadap antara satu sama lain dan terhadap negara mereka yang indah.

“Dan kami, syarikat penerbangan, berbangga menjadi sebahagian daripada itu kerana kami membawa logo “Negaraku” sebagai mewakili setiap rakyat Malaysia, ke seluruh dunia,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis itu.

Selain berterima kasih kepada Najib, Bellew juga memuji Perdana Menteri atas sokongan berterusan beliau terhadap Malaysia Airlines, yang ketika ini sedang melalui fasa pemulihan.

Dalam tempoh sembilan bulan lepas, beliau berkata Malaysia Airlines mencatatkan pertumbuhan faktor muatan sebanyak 15 peratus.

Pada Disember 2016, Malaysia Airlines mencatatkan faktor muatan sebanyak 90 peratus, yang paling tinggi dicatatkan oleh syarikat penerbangan penuh di dunia, lebih baik berbanding American Airlines, British Airways dan Singapore Airlines, katanya. – BERNAMA

Tags: Malaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd