• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan PAS Sesat Gambaran Kekecewaan DAP

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kenyataan DAP yang mendakwa PAS sesat adalah gambaran kekecewaan parti tersebut selepas gagal memerangkap PAS, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata DAP sepatutnya terlebih dahulu menilik diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut kerana DAP yang sebenarnya beria-ia ingin bekerjasama dengan PAS.

“Luahan kekecewaan itu kerana DAP ingin berbaik dengan PAS sedangkan PAS sebaliknya. Itu hak PAS dan saya ucap tahniah kepada PAS kerana berani mengambil risiko berbaik dengan DAP sebelum ini walaupun mereka sudah mengetahui sejarah parti sosialis itu.

Tepatlah ramalan UMNO bahawa PAS tidak akan dapat berkawan kerana roh dan semangat sosialis DAP yang berkiblatkan Parti Tindakan Rakyat Singapura (PAP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun ke -71 UMNO di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, hari ini.

Annuar mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menganggap tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama parti itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan seolah-olah tindakan parti itu ingin berbaik dengan UMNO adalah sesat.

“DAP hendak tangkap keseluruhan PAS tetapi dia dapat ‘ibu kaki’ PAS dalam bentuk Amanah (Parti Amanah Negara). Kita ucap tahniah kepada PAS kerana telah memotong ibu kaki itu bagi menyelamatkan ‘betis’ dan ‘paha’ mereka. Saya yakin PAS lebih sihat sekarang,” katanya.

Annuar berkata UMNO kekal dengan pendiriannya untuk menolak DAP sejak 1964 hingga selama-lamanya selagi parti itu mendokong dasar sosialis dan perkauman.

Beliau berkata tiada sebarang halangan sepatutnya ditimbulkan dalam isu membabitkan hubungan antara PAS dan UMNO.

“Kalau sebelum ini PAS boleh berkawan dengan DAP, apa yang hendak menghalang PAS dan UMNO untuk berkawan. Apa yang penting di mana ada persamaan antara UMNO dan PAS, UMNO sedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan Ketua UMNO bahagian Kubang Kerian Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani bersama kira-kira 300 anggotanya menyerahkan bendera UMNO kepada Annuar yang juga Ketua UMNO bahagian Ketereh di perkarangan YKK pada pukul 11 pagi selepas perarakan sejauh 10 kilometer. – BERNAMA

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd