• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Adam Corrie Solat Istikharah Pakai Baju Melayu

oleh
03/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ceritanya mungkin nampak agak pelik, namun itulah yang pernah berlaku terhadap aktor mualaf, Adam Corrie Lee Abdullah ketika zaman awal memeluk agama Islam.

Akibat pernah ditegur beberapa pihak tertentu kerana menggayakan baju Melayu ketika beribadah dan menghadiri program agama, Adam Corrie, 48, mengambil keputusan untuk langsung tidak memakai pakaian tersebut.

Kejadian pelik tersebut berlaku ketika dia baharu memeluk agama Islam pada 2007 lalu dalam usia 39 tahun. Untuk rekod, Adam Corrie merupakan anak bekas anggota tentera di Pulau Pinang daripada keluarga beragama Buddha.

“Awal penghijrahan saya tercari-cari baju apa yang patut saya pakai untuk beribadah agar sopan dan selesa. Jadi saya pakai baju Melayu kerana saya lihat ramai yang berbaju Melayu ketika menunaikan solat di masjid atau surau.

“Namun, setiap kali pakai pasti ada orang tegur memberitahu supaya tidak perlu untuk saya pakai baju Melayu, saya sendiri berasa pelik dengan perkara itu. Tidak mahu terus ditegur, saya memilih untuk pakai jubah sahaja,” ujarnya.

Menurut portal AgendaDaily, oleh kerana pengalaman yang dilaluinya itu, Adam Corrie meminta pihak jenama pakaian terkenal, Elle Zada untuk mempertimbangkan semula pemilihan dia sebagai duta pakaian baju Melayu.

“Saya beritahu pihak Elle Zada tentang itu dan saya fikir mungkin orang Melayu pun tidak suka saya memakai baju Melayu kerana saya mualaf. Saya tidak mahu pengambilan saya nanti akan menjejaskan perniagaan mereka.

“Saya juga ada buat solat istikharah beberapa kali sama ada ingin terima atau tidak tawaran Elle Zada itu,” ujarnya yang pernah menjadi penari profesional sehingga memenangi dua pertandingan besar pada 1995 dan 1999 lalu.

Bagaimanapun, tambah Adam Corrie, pihak jenama pakaian itu tetap dengan tawaran mereka untuk menjadikan beliau sebagai duta baju Melayu bagi pelbagai koleksi terbaharu musim perayaan Aidilfitri 2017 akan datang.

Adam Corrie akhirnya menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka dan berharap pakaian warisan tradisional Melayu itu mampu mendapat sambutan daripada masyarakat sempena sambutan Hari Raya Puasa tahun ini.

Beliau yang kini aktif sebagai pendakwah, telah berkahwin dengan seorang wanita Melayu iaitu Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008 lalu, setahun selepas memeluk agama Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: adam corriemualaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuih Bakul Halal Hasil Tangan Mualaf

11/02/2021
0

KOTA KINABALU - Setiap kali musim perayaan Tahun Baharu Cina, sudah pasti kuih bakul atau 'Nian Gao' akan menjadi makanan...

“Jangan Halau Mereka Berdakwah” – Adam Corrie

21/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Corrie mengingatkan semua pihak agar membantu mereka yang ingin menyampaikan dakwah dengan tidak memberikan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd