• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buntat Minat Berlakon, Sedia Terima Pelbagai Watak

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS melakonkan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku, Muhammad Ariff Abdullah, 13, memberitahu dirinya mula berminat untuk terus berada dalam industri seni sebagai seorang pelakon.

Menurut Ariff, dia semakin berminat dalam bidang lakonan dan sedia menerima apa-apa watak yang diberikan kepadanya.

“Watak apa pun saya boleh. Tak kisah lah watak budak jahat atau pun budak yang kena buli. Dua-dua pun OK,” katanya kepada mStar Online.

Walaupun dirinya merupakan seorang remaja yang menghidap disleksia, sejenis maslaah gangguan pembelajaran, Ariff berjaya membawa watak Buntat dengan baik sehingga menjadi fenomena pada awal tahun ini.

Ariff juga bakal muncul dalam filem sulung lakonannya, Jibam yang akan ditayangkan pada awal September depan.

“Sebenarnya kali pertama saya berlakon adalah dalam filem Jibam, selepas itu baru drama 7 Hari Mencintaiku.

“Pada awalnya susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi dalam filem Jibam kerana saya dipukul dan didera,” tambahnya.

Katanya lagi, bakat lakonannya diasah oleh seorang tenaga pengajar daripada Akademi Seni Negara dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Saya seronok berlakon sebab ada cikgu yang ajar. Dia ada bersama saya ketika pengambaran filem Jibam,” katanya lagi.

Bercerita mengenai kehidupannya selepas dikenali ramai menerusi watak Buntat, Ariff berkata dia menjalani rutin harian seperti biasa seperti sebelum bergelar pelakon dan tidak kisah jika ada yang memanggilnya dengan nama Buntat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Buntatpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd