• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Menang Selesa Di Perlis Pada PRU-14

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Barisan Nasional (BN) Perlis yakin akan memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan mempertahankan ketiga-tiga kerusi parlimennya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata BN sentiasa memastikan jentera PRU bergerak secara teratur seperti yang dirancang untuk kekal memerintah Perlis.

Beliau berkata jika PRU-13 yang lepas pembangkang memenangi dua dari 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Indera Kayangan dan Sanglang, namun PRU-14 nanti BN akan merampas kembali kerusi itu.

“Untuk parlimen Padang Besar, Arau dan Kangar, BN yakin kekal menang selesa tanpa sebarang laluan getir. Maklum balas yang diterima daripada banyak pihak juga menunjukkan keyakinan pengundi terhadap BN Perlis,” katanya.

Beliau ditemui pemberita sebelum mengetuai Larian Bendera sempena Ulang Tahun UMNO Ke-71 di sini.

Shahidan berkata jentera UMNO dan BN sentiasa turun ke peringkat akar umbi untuk menerangkan setiap isu berbangkit serta membantu permasalahan yang timbul dalam kalangan rakyat.

“Kempen BN tidak ada lobi melobi tetapi pemimpin parti perlu menepati Petunjuk Prsetasi Utama (KPI) sebagai seorang wakil rakyat selain memberikan perkhidmatan terbaik tanpa berbelah bagi ” katanya.

Sementara itu, sesuatu yang menarik mengenai larian yang disertai lebih 500 orang itu disertai pelbagai kaum membabitkan rakan komponen UMNO di dalam BN iaitu MCA dan MIC.

Larian adalah sejauh 42 kilometer dari Padang Besar ke Kodiang, Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan KassimPRU-14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd