• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sime Darby Pertama Menangi Anugerah Edison

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation (SDP) diiktiraf sebagai syarikat Malaysia yang pertama menerima Anugerah Edison bagi inisiatif genom untuk membangunkan kelapa sawit dengan hasil lebih tinggi, dan mengurangkan keperluan kepada lebih banyak kawasan.

Pengeluar terbesar dunia bagi minyak sawit lestari yang disahkan itu memenangi anugerah Gangsa bagi kelestarian, di bawah kategori tenaga dan kelestarian Anugerah Edison 2017 untuk mengiktiraf pencapaiannya.

Dalam kenyataan, katanya pencapaian syarikat dipilih sebagai yang terbaik, antara 400 pencalonan yang diterima dari seluruh dunia, oleh 3,000 ahli panel terdiri daripada eksekutif perniagaan kanan, ahli akademik dan profesional inovasi utama dunia.

Pada 2009, Sime Darby Plantation merupakan yang pertama di dunia berjaya melakukan jujukan, menghimpun dan mencatat 1.8 bilion unit kimia yang membentuk kod genetik kelapa sawit.

Anugerah Edison, antara anugerah paling berprestij di dunia, mengiktiraf kecemerlangan dalam inovasi, produk baharu dan pembangunan perkhidmatan, selain pemasaran dan reka bentuk.

Dianjurkan oleh Edison Universe, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bertujuan untuk menggalakkan inovasi pada masa akan datang, anugerah itu mengiktiraf dan menghargai inovasi dan pencipta inovasi terbaik sejak 1987.

Ia dinamakan sempena Thomas Alva Edison, pencipta terkenal dari Amerika Syarikat yang kaedah pembangunan produk baharu luar biasanya mendapat 1,093 paten AS dan menjadikan beliau antara pencipta paling berpengaruh sepanjang zaman. – BERNAMA

Tags: AnugerahSime Darby
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nirvana Terima Anugerah Video Vanguard MTV, Kenang Legasi Kurt Cobain

Nirvana Terima Anugerah Video Vanguard MTV, Kenang Legasi Kurt Cobain

28/09/2026
0

LOS ANGELES – Kumpulan grunge legenda, Nirvana menerima penghormatan berprestij Video Vanguard Award pada MTV Video Music Awards (VMA) 2026...

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd