• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan, T-Team Antara 4 Pasukan Dipotong 6 Mata

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pasukan Liga Super – Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata pihaknya menghantar surat peringatan pertama pada 27 Jan lepas serta menghubungi pasukan berkenaan melalui telefon sebagai peringatan untuk melengkapkan proses pendaftaran tersebut.

Katanya pada 7 Mac, surat peringatan kedua dihantar dan FMLLP sekali lagi telah menghubungi pasukan berkenaan melalui telefon untuk memberi peringatan bagi melengkapkan proses pendaftaran melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) sebelum 31 Mac.

“Pasukan harus memuat naik Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Surat Selesai Bayaran/Tunggakan KWSP, Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Perkeso dan Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN ke SPMB untuk melengkapkan pendaftaran pasukan.

“Surat-surat selesai bayaran/tunggakan adalah untuk bayaran/tunggakan dari tahun-tahun sebelum 2017,” katanya pada sidang media pengumuman hukuman berkenaan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kevin menjelaskan jika pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 15 Mei ini, pasukan berkenaan akan dilarang mendaftar pemain baharu semasa jendela perpindahan pemain dibuka, sehingga perkara itu diselesaikan sepenuhnya.

Beliau berkata pasukan terbabit boleh mendaftar pemain baharu jika pasukan itu memperoleh pendapatan hasil daripada pengurangan jumlah pemain sedia ada dalam pasukan.

“Ia bermaksud jumlah yang boleh dibelanjakan untuk menandatangani pemain baharu adalah bersamaan dengan jumlah diperoleh hasil daripada transaksi perpindahan mana-mana pemain serta jumlah dijimatkan hasil daripada pengurangan jumlah pemain keseluruhan,” kata Kevin.

Menurutnya, jika pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari terakhir musim 2017 pada 31 Oktober depan, tindakan boleh diambil untuk menyingkirkan pasukan tersebut ke divisyen yang bawah daripada divisyen di mana pasukan tersebut selayaknya bertanding untuk musim 2018.

“Kegagalan pasukan tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum permulaan musim 2018 boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut dibatalkan untuk musim 2018.

“Tindakan-tindakan berkenaan boleh diambil oleh FMLLP melalui peruntukan kuasa yang sedia ada di bawah Perkara 43, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017,” katanya. – BERNAMA

Tags: FMLLPKevin RamalingamLiga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd