• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pengedaran Dadah Hampir RM350,000 Tumpas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Kuantan dan Maran dengan merampas dadah dianggarkan bernilai hampir RM350,000 dan menahan tiga lelaki dalam dua serbuan minggu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Ab Rahman berkata dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan semasa pemeriksaan sebuah kereta di Jalan Lorong Bukit Setongkol di sini pada 9 malam Ahad lepas.

“Hasil pemeriksaan kereta itu, polis menemui dadah jenis heroin seberat 4,529 gram dan syabu seberat 1,208.50 gram yang dianggarkan bernilai hampir RM200,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek, yang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah, memperoleh bekalan dadah itu dari Johor.

Dalam serbuan di Maran, Rosli berkata polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun pada 2.15 petang Jumaat lepas di hentian Plaza Tol Chenor Maran dekat sini dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Hasil pemeriksaan kenderaan suspek, polis menemui heroin seberat 3,750.6 gram, syabu (536.87 gram) dan pil erimin 5 (500 biji) serta wang tunai berjumulah RM500. Polis percaya dadah ini diperoleh dari Kuala Lumpur,” katanya.

Siasatan juga mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan.

Ketiga-tiga suspek itu, yang juga positf dadah, ditahan reman seminggu bermula dari tarikh tangkapan mereka. – BERNAMA

Tags: dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd