• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diarah Bayar RM70K Pada Ketua Pengarang Utusan

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman malu difailkan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kos RM70,000.

Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Aziz dan syarikat akhbar itu ketika dihubungi Bernama memberitahu Hakim Datuk Seri Zakaria Sam memutuskan bahawa artikel dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia berhubung ucapan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berhubung serangan komunis di Bukit Kepong , Muar dan pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos 2011, tidak berunsur fitnah.

Katanya selain itu mahkamah turut memutuskan bahawa pembelaan yang dibuat defendan iaitu justifikasi komen berpatutan dan perlindungan bersyarat adalah terpakai.

Beliau berkata mahkamah turut mendapati Mat Sabu telah membuat ucapan kontroversi yang membuka ruang untuk dirinya mendapat kecaman.

Oleh itu mahkamah memerintahkan Mat Sabu yang kini merupakan presiden Parti Amanah Negara selaku plaintif membayar kos sebanyak RM70,000 kepada kedua-dua defendan, katanya.

Pada 21 Disember 2011, Mat Sabu memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan artikel berhubung ucapannya berkaitan serangan komunis di Balai Polis Bukit kepong, Muar pada 27 Ogos 2011 dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.

Ketiga-tiga artikel itu dikeluarkan selepas Mat Sabu menyampaikan ceramah di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Manora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Mat Sabu mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis. – BERNAMA

Tags: Mat SabuUtusan Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd